Sunday, March 20, 2011

toksu saye meninggal sebab kemalangan.. AL-FATIHAH~

assalamualaikum!~

selamat petang semue.. aku sedih sangat sekarang ni.. aku tak dapat balik ziarah jenazah toksu aku.. cuma mampu mendoakan toksu dari jauh.. along mintak maaf toksu.. semoge toksu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman.. da lame sangat tak jumpe toksu.. toksu memang baik orangnye.. kalau raye mesti g rumah toksu untuk makan lakse.. walaupun kite jarang berjumpe.. tapi hati budi pekerti toksu memang baik.. along tau.. kalau along g penang jumpe toksu perempuan mesti rase lain sebab toksu da takde.. along minta maaf tak dapat balik..

ni nak copy paste dari Malaysia Kini..

Lori rempuh belakang bas, seorang maut, 6 parah

Seorang penumpang maut, manakala enam lagi parah apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di Km 341.9 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Bidor awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata yang terbunuh dikenal pasti sebagai Sahad@Shariff Md Din, 74, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Polis masih mengenal pasti mereka yang parah dalam kejadian pukul 4.50 pagi itu yang turut menyaksikan 35 lagi termasuk pemandu bas cedera ringan, katanya kepada pemberita di Tapah.

Beliau berkata semua yang parah dihantar ke Hospital Tapah, Teluk Intan dan Ipoh, manakala yang cedera ringan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tapah.

Bas itu katanya, membawa 43 penumpang terdiri daripada anggota rombongan yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Nilai, Negeri Sembilan.

"Ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan bahan mentah.

"Pemandu kemudian memberhentikan bas itu dan menurunkan penumpang sebelum sebuah lori yang membawa muatan kertas merempuh bahagian belakang bas terbabit termasuk beberapa penumpang yang sudah turun daripada bas tersebut," katanya.

Roslan berkata pasukan bomba dan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

Punca sebenar kejadian sedang disiasat, katanya.

- Bernama

mari sama2 kita doakan toksu aku..

YA ALLAH, kau ampunkanlah dosa Sahad@Shariff Md Din, Kau lapangkanlah kuburnya, Kau penuhi kuburnya dengan taman2 syurga dan jauhkanlah dari jurang2 api neraka.. semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman..


10 comments:

Nonie said...

takziah saya ucapkn.....

::MRSfie:: said...

@Nonie
terime kasih noni..

Faris Adli said...

salam takziah...semoga arwah tergolong di kalangan ahli syurga

tiefazatie said...

salam takziah sis.

moga roh arwah dicucuri rahmat

miss yanyan said...

takziah..

Miss Dill said...

Takziah. moga ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah.

Ellen said...

Takziah dari Ellen dan keluarga...

Kei Seichi said...

Al-Fatihah..moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman...

AkieZecky said...

innalillah.. Al fatih untuknye.. n takziah

::MRSfie:: said...

@AkieZecky
thanks akie..

::hamster aku::

kalau nak bagi makan click kat mne2 je.. nak bagi minum click kat tutup botol.. kalau nak bagi hamster aku lari2 dalam bulatan tu.. click kat bulatan kuning tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...