Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Saturday, January 31, 2015

mata masuk habuk baca cerita ni.. pengorbanan seorang adik..


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. 

Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil kami berdua Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. 

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. 

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. 

“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. 

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!” 

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.. 

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: 

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?” 

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. 

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!” 

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. 

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. 

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” 

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak. 

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?” Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. 

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!” 

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. 

Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. 

“Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!” “Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. 

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.” Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. . 

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.” Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. 

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” 

“Pemuda kampung?” bisikku. 

“Siapa?” Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. 

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!” 

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?” 

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,

 “Akak tak peduli apa orang lain kata.” 

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” 

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. 

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. 

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.” 

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. 

Cantik senyum adik. Kami berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. 

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” 

Apalagi…aku menangis seperti selalu. 

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. 

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik. 

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” 

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. 

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. 

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. 

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” 

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….” katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. 

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.. 

Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “ “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. 

Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.” Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Friday, January 30, 2015

throwback langkawi - aidilfitri 2014..

assalamualaikum..

buka folder gambar.. ushausha.. nak cari idea update blog.. terjumpe satu folder gambar yang patut saye abadikan dalam blog ni.. gambar 'kami' di langkawi.. kami tu saye dan adikadik (kecuali adik no 4 dan 5).. termasuk atuk atau lebih mesra moyang kepada HUZ.. emak kepada arwah mama saya..

gambar ni dirakam masa kami di langkawi.. raye tahun lepas.. kami satu family ke sane.. first time saye ke langkawi naik feri.. sebelum ni pernah jugak naik feri.. tapi mase sekolah rendah.. abah yang ajak kami ke langkawi.. saje nak ajak lepak dekat homestay pakcik tiri saye.. duduk free.. tapikan.. homestay tu best..

strategik bagi saye.. untuk siap yang nak duduk tengahtengah antare kuah dan chenang.. homestay tu dekat pemandangan indah.. memang homey sangat.. dengan laman yang luas.. memang puas hati la.. kami duduk free je.. pergi satu keluarge.. jadi satu rumah tu kami yang punye.. homestay pakcik saye ni macam challet.. memang cantik.. die buat sebiji rumah.. tapi pintu belah tepi.. kire satu bilik satu pintu la untuk keluar terus.. inshaAllah.. nanti ke sane saye singgah snap gambar ye..

saye bagi detail sekali.. jadi senang la.. kotkot korang nak ke sane dengan family.. boleh la ricky tempat ni.. kot berkenan di hati.. sorry la.. nak throwback gambar.. sekali tercerite bab lain.. meh tengok gambar kami adik beradik!~ rare tau.. sebab saye jarang letak gambar kami..

farah(adik no. 2), ummi, ude(adik no.3), saye.. belakang.. atuk dan suami.. 
ulwan, saye, ude, sumayyah dan farah 
 
ude dan saye
 
farah, sumayyah, arsyad, ufairah dan saye
ulwan, saye, ude, farah dan sumayyah

sayang sangat dalam gambar ni takde cyah(adik no.4) dan faqih(adik no.5).. faqih satusatunya adik lelaki kesayangan saye.. kesimpulannya.. kami lima beradik.. empat perempuan satu lelaki.. dan 
saye sayang sangatsangat dekat adikadik saye!!!

Tuesday, January 27, 2015

kinta riverfront hotel - final -part 7

assalamualaikum..

tak tau la kenape mood mengarang ke laut.. hampir karam.. saye sibuk main game sebenarnye,.. habis dah.. tamat dan menang.. harap mood lepas ni ok la untuk mengarang.. walaupun takde siape pon nak bace.. bia la saye mengarang syok sendiri.. haha..

hari tu ade cakap nak share pasal makanan dekat kinta riverfront hotelkan.. sebenarnyekan.. saye tak snap gambar makan pon dekat sane.. saye malu.. hahaha.. kene la cover.. dah suami yang incharge bengkel ni.. memang kene cover la depan orang ramai.. time makan la jumpe semue peserte kan.. jadi ai is malu la..

tapikan.. makanan dekat sane memang awesome.. memang sedap.. memang banyak pilihan.. dari sarapan lunch and dinner.. memang puas makan dekat sane.. lunch die ade tema tau.. yang saye ingat.. hari kedue kami lunch tema western.. memang sedap la.. ade lamb in black pepper sauce..  banyak lauk grill la.. memang sedap.. banyak lagi la menu.. hari ketige tema india.. ade kari kepale ikan.. ade kuah dhal.. then next day.. kami dah balik.. tema die arabic.. tak sempat nak merase.. bestkan..

kinta riverfront ni happening sangat malammalam.. alaala ICT.. banyak lampulampu tepi sungai.. ade kedai sewe basikal.. basikal single.. double.. triple pon ade.. ade deretan kedai makan tepi sungai.. nak lepaklepak ambil angin tak risau la.. memang recomanded sangat pergi sini.. korang kene try tidur sini tau!~

saye dengan kakak ipar.. kakak sulung suami.. satusatunye akak die..
lelaki dua orang tepi tu suami dan anak akak.. 
kami bertiga.. ulwan di belakang suami.. 
basikal triple.. 
kami berempat.. kakak ipar tolong snap kan.. blur.. 
ni kat bawah hotel tu.. cantikkan.. memang gambar original tanpa edit..

Wednesday, January 21, 2015

wordless wednesday #55.. mane pergi merangkak dan duduk?

assalamuaalikum..

selamat hari ni wordless wednesday.. pakse diri jugak untuk up entry.. dalam proses untuk mengecilkan sifat M.. nak cerita tentang haziq ulwan.. eh.. nak tepek gambar je..

 
 merangkak tak.. duduk pon tak.. tautau dah berdiri.. si bujang soleh saye!~
kakak ufairah excited sangat tengok ulwan dah berdiri..


Tuesday, January 20, 2015

kolam kinta riverfront hotel - part 6

assalamualaikum..

entry banyak sangat gambar

punye la malas.. semue cerite sikitsikit.. kalau blogger rajin..sehari due boleh habis entry jalanjalan seminggu.. yang saye ni.. cerite due tige hari makan bulan.. haha.. punye la malas.. sampai tahun ni baru ade due entry.. wake up fifi.. wake up.. haha.. bile la M besar ni nak kecik atau hilang..

petang hari kedue.. macam biasa.. duduk dekat bilik mase suami kerje.. haha.. mesti blogger yang suke jalanjalan ni terkejut.. haha.. 'abang bear' saye ni kalau berjalan sorang bawa due anak memang tak sanggup.. rele berhibernasi dalam bilik.. memang ipoh best.. kalau la dapat pergi gua tempurung ke.. kellie's castle ke.. memang syok la.. tak masuk mural die lagi.. ni nak g makan laksa telur bersarang pon tak sempat.. kalau pergi jalan memang saye dah terjah..

aktiviti photoshoot menjadi aktiviti wajib kami di bilik sementare tunggu abah HUZ balik.. haha.. habis nak buat ape lagi.. kalau ade kids room ke.. playroom ke saye angkut dah.. tapi takde.. jadi dengan sabar dan gigihnya kami tunggu abah balik untuk terjun ke kolam.. kali ni kami boleh masuk adult pool sebab....
 
 
 
 
tak pernah nak dapat gambar duedue elok.. mesti salah sorang spoil..

kami pergi beli muslimah swimsuit.. haha.. gigih tak gigih.. demimu anakanak.. ibu abah redah je.. selamat la baju renang zaman sekarang ade muslimah type.. kalau zaman dulu.. berbikini la saye.. memang tak merase la ufairah masuk adult pool..

bile dah boleh masuk adult pool.. memang best la.. memang kolam dekat kinta riverfront hotel ni best.. lain dari yang lain.. tiptop.. cuma peraturan pool sini ketat sikit.. nak taknak kite kene ikut la untuk mandi di adult pool.. tak caye best.. mai tengok gambaq sikit!~ banyak sebenarnye..

 
 
 
 
  
cantikkan.. bestkan pool die.. memang best la duduk sini..

Tuesday, January 13, 2015

hari kedua - kinta riverfront hotel ipoh - part 5

assalamualaikum..

lame sangat tak menulis di sini.. bukan tak buka.. harihari bukak.. bile nak menaip je.. ade je halangan.. ade je yang mengganggu.. baru ni pon jadi.. saye baru nak bukak folder gambar untuk cerite.. ade call untuk kerje.. buat dulu.. niat nak update simpan ketat.. tapi kali ni tak boleh mengalah.. habis kerje terus taip entry.. kalau tak.. ke laut balik la.. haha..

lame tak menulis.. sampai tak tau nak mule macam mane.. ni nak cerite pasal ipoh tak habishabis lagi.. padahal pergi bulan 11.. 2 bulan yang lepas.. selamat la ingat sikitsikit dengan gambar.. malam habis sharing session tu.. balik tidur macam biase.. pagi tu.. duduk la saye anak beranak dekat bilik.. sebelum tu kami breakfast dulu dekat bawah.. suami terus ke dewan.. saye bawak anakanak naik bilik.. cerite makan kemudian ye..

habis makan.. tengok ufairah dengan ulwan mengatuk.. saye sorongkan bantal.. hahaha.. tidur la mereka berdue dengan aman.. derang tidur je..saye tadah la air dalam tub.. berendam la.. nak berendam lamelame takut ufairah bangun.. settle hal saye tu.. saye pon.. terus buat photoshot.. hahaha.. pakai handfon cikai je.. dapat la gambar yang menarik buat cover photo facebook.. da bosan sangat tak tau nak buat ape.. jadi photographer la.. agak dah bosan tangkap gambar.. saye bukak buku nak bace.. tak ingat buku ape saye bawak time tu.. terase mengantuk.. tapi nak tidur tak boleh.. 


gambar dua beradik sedang tidur..

kemas la bajubaju.. kutip apeape yang bersepah dalam bilik.. maklumlah.. toddler dalam bilik.. pahampaham jela.. kemas beg sikitsikit jadi senang lah nak balik nanti.. dalam hati tak sabar nak tunggu tengah hari.. suami balik. boleh pergi makan.. anak bangun saye mandikan.. sorangsorang.. siap mandi layankan derang berdue..

cerite petang? nantilah.. sebab cerite petang hari kedue.. saye nak bagitahu korang.. sama ada berjaya tak kami masuk adult pool.. haha.. kan hari pertame kami tak boleh masuk.. kesian ufairah mandi dekat kolam paras lutu die je.. ke pinggang macam tu.. cerite ade di sini.. KLIK

Friday, January 2, 2015

jom lepak office ibu..

assalamualaikum..

korang.. hari ni confirm tak sempat BW.. saye bawak anakanak datang office.. pengasuh cuti.. januari pengasuh minta 3 hari.. februari dua hari.. total sampai februari 5 hari.. macam tak sanggup je nak cuti lamelame.. sebab panjang lagi nak habiskan tahun 2015.. kot anak tak sihat ke.. memang kene simpan cuti la awalawal tahun ni.. jadi penyelesaiannye.. bawak anak datang office.. hahaha..

tempat saye dekat sangat dengan tempat pengarah.. tapi saye redah jugak bawak.. harapharap anak tak bising la.. alhamdulillah.. setakat ni boleh kawal lagi.. kadar bisingan pon berpatutan.. sekarang derang tengah tidur.. boleh la tengok blog ni.. sebelum derang bangun.. jom layan gambar derang..

awal pagi tadi.. ulwan tidur dulu.. ufairah excited kemain..
 
ulwan dah bangun.. 
penat nak suruh tidur.. akhirnya berjaye.. alhamdulillah.. 
keadaan sekarang.. aman rasenye..

rase macam lapang je sebelah ulwan.. rase macam nak kene isi je tempat sebelah ulwan.. kene pulak sekarang ni pukul 12.39.. waktu rehat pulak.. sampai 2.45.. ade 2 jam lagi ni.. hahaha.. byebye korang.. saye tidur dulu.. kalau sempat saye BW ye.. rindu korang!!

::hamster aku::

kalau nak bagi makan click kat mne2 je.. nak bagi minum click kat tutup botol.. kalau nak bagi hamster aku lari2 dalam bulatan tu.. click kat bulatan kuning tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...