Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Thursday, March 24, 2011

antara ujian yang akan dibuat sebelum meneruskan prosedur TTC

nota kepale--> kalau korang tak suke entry ni.. rase macam terlalu privacy.. jangan teruskan membace..

aku update lagi hari ni dalam keadaan otak tepu.. aku tak tau sama ade boleh ke tak aku menulis tentang ni.. dari dulu aku berfikir.. boleh ke aku bukak cerite tentang ni secare mendalam? aku takut ade yang kate aku terlampau ikutkan perasaan.. sumtime aku mengaku aku takut nanti orang kate aku cerite hal yang terlampau peribadi.. sebab tu la aku selalu tertangguh2 je nak cerite hal ni.. takpe la.. dengan rele hati aku ceritekan tentang semue ni untuk dikongsi bersame.. mane tau boleh jadi info untuk orang yang sedang TTC kat luar sane yang mane senasib dengan aku..

disebabkan aku tak sabar gile, teruje nak bergelar ibu.. walhal umur aku baru 23tahun mase tu.. kawan2 aku ade yang masih belajar di IPT.. aku dah gatal nak kawen dan bergelar ibu.. burok gile perangai.. tapi nak wat cemane.. da jodoh. tapi langit tak selalu cerah.. aku tak dapat baby lagi.. even itu yang aku ingin kan.. setelah 8bulan berkahwin.. aku pon g la LPPKN.. atas suggestion kakak TTC yang aku kenal..

aku pastekan antare ujian yang akan dilakukan oleh doktor kalau kite g jumpe die dengan harapan ingin mengandung.. bukan isteri je akan diperikse.. suami pon ade ujian untuk die.. sebab kite tak tau masalah tu berpunce dari suami atau isteri.. korang jugak akan disoal siasat.. memacam nurse akan tanye tentang sejarah korang..

aku paste dari web ni..

Sekiranya anda mempunyai masalah sukar hamil, anda mungkin membuat pertimbangan untuk berjumpa dengan doktor pakar dan menjalani beberapa ujian kesuburan. Disini saya berikan beberapa panduan tentang apa yang doktor akan lakukan semasa temujanji kali pertama.

Sejarah kesihatan dan pemeriksaan
Sebelum sesuatu ujian dilakukan, doktor anda selalunya akan bertanya tentang sejarah perubatan dengan mendalam dan membuat pemeriksaan terutama terhadap sistem peranakan anda.

Doktor selalunya akan cuba mendapat fakta berkenaan umur, tarikh perkahwinan, berapa kerap hubungan seks dan adakah terdapat sebarang masalah semasa hubungan seks, seperti sakit, masalah penetrasi atau zakat tidak mengeras, samada anda pernah keguguran sebelumnya dan menjalani D+C atau pernah mendapat apap penyakit perubatan atau jangkitan kuman.

Soalan untuk suami atau pasangan pula termasuk; pernah mengidap penyakit beguk, merokok, meminum alkohol atau sejarah pembedahan pada zakar.

Pemeriksaan yang akan dilakukan adalah untuk memastikan yang rahim dan ovari dalam keadaan normal atau terdapat sebarang kesakitan pada tempat-tempat tertentu sekitar sistem peranakan. sekiranya rerdapat keputihan yang berlebihan, doktor mungkin akan mengambil ujian untuk mengetahui jenis jangkitan kuman yang anda anda.

Ujian-ujian yang sering dilakukan
Kebanyakkan pasangan akan disarankan menjalani ujian ini:

Hysterosalpingogram (HSG)
Ujian ini adalah ujian x-ray dan merupakan cara untuk mengetahui samada salur peranakan tersumbat atau tidak. Pesakit berbaring (dalam keadaan seperti mana ujian pap smear dilakukan) dan sejenis alat yang bernama spekulum akan dimasukan kedalam faraj, kemudian, satu ubat cecair (dye) akan disuntik kedalam rahim. Dalam masa yang sama beberapa siri x-ray akan diambil untuk melihat keadaan (outline) dalam rahim dan menganalisa samada salur fallopia tersumbat atau tidak. Sekiranya normal, cecair tersebut akan kelihatan berada diluar rahim menunjukan bahawa saluran tidak tersumbat.

Hari ke 3 LH/FSH
Ujian darah ini dilakukan untuk menaksir samada terdapat telur yang cukup tersimpan didalam ovari dan untuk memastikan bahawa tiada ketidakseimbangan hormon. Ia diambil pada hari ke 2 atau ke 3. Hormon LH/FSH adalah hormon penting yang bertanggungjawap terhadap pembentukkan telur didalam rahim. Tahap yang tinggi ada pada mereka yang mengalami PCOS, punca utama mengapa wanita tidak bertelur.

Ujian Progesterone
Untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Selalu diambil hari ke 21 sekiranya kitaran haid wanita ialah 28 hari. Sekiranya ovulasi tidak dapat dikesan melalui ujian ini, Ujian ini akan diulang beberapa hari kemudiannya. Tahap 30 nmol/l atau lebih menunjukkan anda mengalami ovulasi.

Analisa Air Mani
Ujian ini perlu untuk memastikan samada sperma dalam keadaan normal dan cukup. Penting untuk tidak melakukan sebarang hubungan seks 3-5 hari sebelum ujian dijalankan.

Ujian Ultra-bunyi Pelvis
Untuk melihat samada rahim dan ovari kelihatan normal atau tidak. Ia akan menjadi lebih tepat sekiranya TVS atau scanner melalui faraj dilakukan.

Ujian Laparoscopi
Jika terdapat sakit yang ketara semasa hubungan seks, doktor selalunya kan menyarankan ujian laparoscopy. Prosedur ini akan dibuat dalam keadan bius keseluruhan dan pesakit tidak sedar, dimana doktor akan membuat sedikit lubang pada bahagian pusat dan satu alat teleskop yang berkamera akan dimasukkan kedalam abdomen. Doktor kemudian akan memeriksa sebarang tanda endometriosis atau penyakit lain dan akan menyuntik sejenis cecair kedalam rahim untuk mengetahui samada salur fallopia tersumbat atau tidak.

Hysteroscopi
Jika HSG menunjukan terdapat ketidaknormalan didalam rahim, wanita mungkin disarankan untuk menjalani ujian hysteroscopy.Hysteroscopy adalah satu prosedur dimana satu alat kecil yang bersambung dengan camera akan dimasukkan kedalam rahim dan keadaan dalam rahim boleh dilihat dengan jelas. Ia boleh mengesan sebarang polip, fibroid dan dan ketumbuhan lain.

Ujian darah untuk prolaktin dan tiroid
Sekiranya ada mengalami haid yang sangat tidak teratur atau tiada haid langsung, anda mungkin mempunyai masalah tiroid yang hiperaktif atau prolaktin yang berlebihan. Ujian darah dengan senang dapat mengesan penyakit ini.

nota kaki--> nnt aku akan ceritekan tentang ujian2 yang aku pernah buat kat atas ni.. terime kasih membace entry berfakta dari aku.. jangan lupe doakan aku!~

3 comments:

Rosie Rose said...

doa ku sentiasa utkmu, dear!!! by the way, bila kawen ye? insyaAllah, rezeki tu Allah dah tentukan. tunggu masanya sahaja :)

Fifi Nadhrah said...

@Rosie Rose

terime kasih kak.. tahun lepas bulan 2.. ade ticker kat bawah blog.. we hv been TTC almost 10month.. sebab serius TTC after habis study.. haah.. fie tau.. rezeki Allah tu akan sampai juga.. harap2 dalam mase terdekat ni..

shidasanmil said...

Kite baru amek ujian darah 2nd day last month. Result fsh tinggi. Makna sy pcos ke eh. Doc bg ubat hormon progyluton. Still tgh consume. Aritu dah baca blog fifi tp xter tanye.. Btw tahniah fifi.. Doakan kami juga ye...;) Hhehe

::hamster aku::

kalau nak bagi makan click kat mne2 je.. nak bagi minum click kat tutup botol.. kalau nak bagi hamster aku lari2 dalam bulatan tu.. click kat bulatan kuning tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...