Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Monday, July 21, 2014

kisah teladan - tentang solat

assalamualaikum..

suami wassapkan cerita ni dekat saya.. jadi saye tempek kat sini.. kadangkadang tersolat lambat.. tu yang die send cerite ni kot.. moga saye makin bersemangat nak solat di awal waktu.. dalila.. kite baru cerite hal ni kan..

Tinggal beberapa minit lagi, waktu Solat Isyak akan masuk. 
Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. 
Lambat. 

Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai. Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih. Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam. 

Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya. Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yanng berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada. 
Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat. 

Ianya adalah hari mahsyar! 

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu lambat lagi akan berlaku. Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri? Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar! Soal siasat itu sedang berlaku! 

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil. Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya. 

Dua malaikat memegang tangannya, menggiring dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai. Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya terpunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem. 
Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya. 

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti: Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam. Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan. Dia mengaku kesnya. 

"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan untuk dilakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan". Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. 

Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini. Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan. Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad. Akhirnya, keputusan itu dibuat. 

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka. Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh terjelepuk, melutut dan menjerit. Dia menyatakan bahawa ianya salah. 

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. 
Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang. Kakinya diseret, sedangkan mukanya menyembam menggahar debu, tanah kerikil dan sebagainya. Mereka menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. 

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya. Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya. 

Para malaikat terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat... Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata; 

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka" 

Dia mula menjerit; 
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" 

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya. Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. 

Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api. Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif. Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, 

"Siapakah anda?" 

Orang tua itu menjawab, 
"Saya solat anda" 

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur." 

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, 
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!" 

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak. Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar. 

8 comments:

FarahFerraDotCom said...

Sangat terkesan dengan entri fifi nie..thanks 4 sharing dear..=D

Kakzakie Purvit said...

Kakak mohon kongsikan N3 Fifi ini utk tatapan anak kakak. Sangat menginsafkan..

Kopiolimauice said...

tu la kita selalu alpa kan...sebab kan 'lewat' membawa keburukan...

dalila said...

wehh..nama aku ade same..hahaha..aku br bace takat tu je..ok2..aku br nk solat..hikhik..jap lg aku sambung bace..

dalila said...

hurmmm..takottttt..
lps smyg td xsabar nk bace entry ko bg abis..yelah2..lps ni aku x lengah2 kan dh..

Mimie said...

Ya Allah tkutnye...

Julia Johari said...

Fifi....julia pun manusia jahil...Allah rasa sgt2 takut...Allah ampunkan dosaku...tak sanggup jadi mcm tu...tak sanggup ke neraka mu...dan syurgamu adakah layak bagi ku...Allah...sgt terkesan dihati...terima kasih fifi

Jari Manis said...

Subhanallah mmg sgt terkesan dgn stori ni ia memberi pengajaran. Marilah kita muhasabah diri dan amalan kita skrg

::hamster aku::

kalau nak bagi makan click kat mne2 je.. nak bagi minum click kat tutup botol.. kalau nak bagi hamster aku lari2 dalam bulatan tu.. click kat bulatan kuning tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...